Thursday, June 17, 2010

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :


Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 : Orang Tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum Kerabat


Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Surah Ali-Imran :185)


Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri China

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang


Imam Ghazali : semua itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama


Soalan ketiga Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi


Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU ( Surah Al-A’raf : 179 ). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun


Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah


Imam Ghazali : semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH

( Surah Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini, Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia ke neraka kerana gagal memegang amanah

.

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?

Murid-murid dengan serentak menjawab : pedang


Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


No comments:

Post a Comment