Thursday, June 17, 2010

Disebalik tirai antara dirimu dan diriku..

TEMAN..

SUSAH PAYAH KITA BERSAMA..

Tika air mataku keguguran

Kau turut kepiluan

Tika senyumku tak lekang

Kau ceria berpanjangan

Tika sedihku bertamu

Kau hiburkan semampumu

Tika lemah menyapa

Kau ingatkan janji-Nya

Tika kejayaanku tercipta

Kau doakan reda-Nya bersama

DUHAI SAHABAT ABADI…

Teruja aku pada kata-kata

Imam al-Ghazali yany mulia :

“ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,

Tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya”

Kuharapkan mekar di hati

Agar persahabatan suci ini

Kan terus mantap

Menjadi syfaat

Terukir indah

Di pintu Jannah!

DUHAI TEMAN SEJATI…

METERI SUDAH PERJANJIAN SETIA…

Kita pernah berjanji

Ukhwah kita yang terbina

Kerana cinta pada Nya

Takkan terhalang

Oleh tembok minda manusia

Takkan hilang

Dek api yang menjulang

Takkan sirna

Dek kabus yang kelam

Tapi hanya akan musnah

Dek hati yang hitam..

Nukilan ini buat insane yang begelar sahabat,kakak,yang terlalu rapat dengan diri ini,yang perlu menahan segala dugaan bila bergelar insan yang tersayang. kerana tanpa kita sedari kita selalu menyakitinya.. maafkan khilafku… sesungguhnya aku amat menghargai kehadiranmu disisiku.. syukran ya ukhti..

No comments:

Post a Comment