9 september 2012…
Bermula dari hari itu
ada amanah yang sangat berat harusku pikul.. membuat keputusan menyambungkan
pengajian di bumi Anbiya’ bukan keputusan yang sebarang.. Hanya Allah sahaja
yang mengerti perasaanku saat itu.. sekali lagi kaki ini melangkah keluar dari
halaman rumah dengan tujuan musafir ilmu lillah.. Aku tinggalkan jantung hati
di Malaysia.. dengan mengaharap Allah Yang Maha Memelihara akan memelihra dan
melindungi keluargaku.. kerana aku tidak mampu berbuat demikian.. pesanan mak
buat anakny.. untuk belajar harus berkorban.. masa,hati dan perasaan.. pesanan
mak lagi.. selalu dan selalu bergantung
kepada Allah.. insyaAllah segala urusan
dipermudahkan.. pesan abah belajarlah dan terus belajar.. jauh disudut hati ini
aku mengerti.. abah ingin aku menjadi saham akhirat buat dirinya dan
mak..terima kasih duhai abah dan mak.. kerana meredhai pemergian anakmu ke bumi
anbiya’. Allahuakbar besar sungguh pegorbanan mak dan abah.. setiap pesan mak
dan abah akan kin ingat dan buat pedoman serta pemangkin semangat tatkala rasa
ingin rebah dibumi anbiya.. Ada janjiku terhadap
mereka.. maka berhentilah bertanya akan adamku.. jawapanku tetap sama ada
amanah yang dipikul atas bahu ini,ada harapan yang harus dilunaskan,ada hati
yang harusku jaga.. dan tak terlupa ada hasrat
arwah atok yang harus ku laksanakan..
